KENAPA KEUSAHAWANAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI?

Assalamualaikum Semua,

Hari ini penulis ingin menceritakan bagaimana beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang keusahawanan telekomunikasi dan teknologi maklumat (ICT). Penulis memulakan kerjayanya sekitar tahun 1993 dengan menceburi bidang perbankan. Memulakan kerjaya yang mencabar seawal usia 18 tahun di bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ketika itu penulis masih ingat teguran beberapa rakan sekerja...menaip, macam patuk ayam...hehehe yelah masa itu mesin taip tu kira teknologi canggihlah...belum wujud lagi handphone atau smart phone masa itu...Selepas lebih kurang 2 tahun berkerjaya di bank..penulis membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran secara 'Out Campus' berdasarkan minat dengan bidang keusahawanan (selalu tengok businessman deposit duit 'cash' yang banyak dibank), menjadi tanda tanya..?? Oleh itu bermulalah kelas malam penulis dengan sebagai pelajar jurusan 'Dip. Business Studies' di salah satu kolej swasta di Klang, seterusnya 'Adv. Dip. Accountancy.

 Masa berlalu pantas....penulis merupakan seorang pekerja yang tidak pernah memilih kerja buat je apa yang 'BOSS' suruh...Alhamdulillah seawal umur 22 tahun dinaikkan pangkat ke status 'Pegawai Bank' huh seronoknya...member2 dok tengah sibuk kat IPTA/IPTS saya dah jadi pegawai bank...kerjaya keusahawanan saya bermula bila saya menjalankan 'servis' bayaran bil-bil setempat...RM1.00 upah setiap bil yang dibayar..disamping itu macam-macam menda cuba dijualnya...kalau MLM jangan cakap...semua join...niat ketika itu untuk belajar berniaga. Alhamdulillah sekitar tahun 1997. 

Penulis berpeluang menjadi pembekal untuk syarikat 'PROTON' dan jangan terkejut...membekal 'Sticker' jer...hehehe tapi kontrak 3 tahun....kerjaya bank masih diteruskan. Hasil dari perniagaan tersebut, penulis bejaya mengumpulkan sedikit harta..adalah beli rumah flat/apartment dalam 2/3 unit...menjalani hidup'Low Profile' masa tu masih lagi pakai RXZ...ke hulu ke hilir..kerjaya dibank seperti biasa...dipendekkan cerita...pada sekitar tahun 2003..industri perbankan telah mengalami perubahan..banyak bank-bank telah digabungkan..penulis tak terkecuali..bank tempat penulis bekerja pun 'Merge'. Alhamdulillah..masih dapat bekerja lagi...tapi ada berita yang kurang senang diterima..penulis telah dinaikkan pangkat dan dikehendaki bekerja di Kuala Lumpur...jeng..jeng..jeng..disinilah bermulanya dilema kerjaya bagi penulis...dulu pergi kerja dekat..takde jem..cawangan kecil..banyak masa...ni dah kerja di KL...pahamkan..hari-hari bermain difikiran...sampai bila aku nak hidup camni...terkejar2 pergi kerja..balik lewat setiap hari...berulang-alik Shah Alam-Kuala Lumpur...

Industri perbankan adalah suatu kerjaya pilihan ketika itu. Dilema terus menghantui penulis ketika itu berumur lebih kurang 28thn...muda lagikan..apa salahnya kerja jauh sikit...perlu diingatkan penulis bukan sekadar kerja bank..tapi juga usahawan 'BATMAN'. Oleh itu penulis mula merangcang untuk berhenti kerja..penulis telah menyusun kewangannya dan ini mengambil masa lebih kurang 2 tahun...memandangkan penulis pegawai bank...tahulah serba sedikit membuat perancangan kewangan yang baik. Ingat nak berhenti kerja ni...!!! lepas ni takde lagi gaji bulanan...nak kena cari gaji sendiri..nak urus pendapatan sendiri... 

Pada sekitar Jun 2006...tiba masanya untuk berhenti kerjaya dibank...seperti biasa 'Farewell' party dilakukan oleh rakan2 sekerja...ada yang bertanya...betul ke ko nak berhenti kerja ni..?? aku nekad ketika itu..business part time boleh..takkan full time tak boleh..dalam tempoh 3 tahun berfikir dan merancang untuk melepaskan kerjaya banking ini, aku telah nekad untuk menceburi bidang ICT..(Memandangkan pada pandanganku, industri inilah akan menjadi industri yang berkembang pesat dimasa akan datang) so dengan konfiden menjawab pertanyaan member tadi...korang semua kerja je kat sini...lagi 5-10 tahun nanti korang kerja lap mesin...sebelum aku kena lap mesin, aku kena belajar supply mesin....hah cukup cerita intro ke kerjaya keusahawanan aku...nanti kita sambung cerita dalam blog ni..ikuti cerita seterusnya..Now we go on fact. 

Dalam kehidupan sekarang maupun masa akan datang, sektor teknologi informasi dan komunikasi merupakan sektor yang paling dominan dan sangat diperlukan. Siapapun yang menguasai teknologi ini, maka dia akan menjadi pemimpin dalam dunianya. Hampir semua pekerjaan dilakukan dengan menggunakan teknologi ini. Dari jual/beli suatu barang, kegiatan belajar mengajar, sampai berkomunikasi jarak dekat/jauh dilakukan dengan menggunakan teknologi informasi dan komunikasi.
Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi dirasakan begitu pesat. Manusia terus mengembangakannya dari waktu ke waktu. Berikut beberapa faktor yang menyebabkan pesatnya perkembangan teknologi informasi dan komunikasi:


Teknologi Canggih dan perkembangannya.

Teknologi yang berkembang pesat dan digunakan secara meluas kerana kecanggihan dan perkembangannya seperti kita alami sekarang ini adalah komputer/smartphone. Komputer/smartphone merupakan alat yang penting dalam menjadikan teknologi komunikasi dapat dijangkau oleh masyarakat luas kerana harganya yang murah dan praktikal sehingga dapat digunakan dan diterapkan di segala bidang kehidupan.

Teknologi Informasi dan komunikasi dalam industri Pendidikan.

Pembelajaran teknologi informasi dan komunikasi di sekolah-sekolah sudah menjadi hal yang biasa, bahkan pembelajaran teknologi sudah menjadi kurikulum di sekolah. Hal ini menjadikan para siswa ataupun mahasiswa sudah memahami teknologi sejak awal lagi, sehingga ia memacu teknologi ini berkembang.

Sumber daya manusia terus meningkat.

Pembelajaran teknologi informasi dan komunikasi sekarang ini memacu meningkatnya sumber daya manusia yang mampu menguasai teknologi informasi dan komunikasi dengan baik.

Persaingan pemodal pelopor teknologi.

Para pemodal pelopor teknologi terus mencipta produk-produk terbaru dari teknologi informasi dan komunikasi yang semakin canggih, senang guna dan praktikal. Hal ini menyebabkan meningkatnya persaingan dalam pasaran, sehingga secara tidak langsung teknologi informasi dan komunikasi terus berkembang dengan pesat dan lajunya.

Lebih kurang semua faktor2 yang diatas membantu penulis membuat keputusannya untuk menceburi bidang keusahawanan teknologi dan telekomunikasi.

Sekian untuk kali ini..ikuti blog nirozcomm.blogspot.my seterusnya.

Terima kasih.

KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA PILIHAN

Bidang keusahawanan sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Sejak zaman Rasulullah SAW keusahawanan ini telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun Islam. Malah kerjaya sebagai usahawan merupakan pilihan utama umat Islam khususnya pada awal kedatangan Islam. Tidak terkecuali Rasulullah SAW sendiri memilih untuk bergelar sebagai usahawan pada ketika itu. Keadaan ini jelas menggambarkan kepada kita bahawa keusahawanan telah pun menjadi satu bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi. 

Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat kita kini lupa akan hakikat ini.
Ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan makan gaji dan ada majikan sahaja.Hakikatnya, keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi sebagai usahawan mereka bertindak bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya dan turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Namun begitu, lebih kurang lima puluh tahun lalu, corak pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan berlakunya pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Pada ketika itu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerjaya bagi kaum Bumiputera yang merupakan majoriti golongan masyarakat negara ini.

 Jika ada pun kaum Bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan atau pun kerana terpaksa disebabkan kurang kelayakan untuk mendapat kerja lain. Pada ketika itu, mereka yang menjadi ‘usahawan terpaksa' ini selalunya tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan. 

Begitu juga terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mempunyai kepercayaan seratus peratus apabila mendengar bahawa anak-anak mereka ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Ini disebabakan oleh peluang-peluang perniagaan yang tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati.

 Kebanyakan mereka berpendapat bahawa keusahawanan adalah sesuatu yang sukar, berisiko dan merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin berbanding jika bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi bekerja dengan sektor kerajaan. Jaminan dari segi faktor kewangan dengan pelan pencen yang baik mahupun pelan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas bersara menambah lagi keyakinan untuk mereka bekerja di dalam sektor awam itu.

Namun begitu, apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, secara tidak langsung ia telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Berikutan itu, berbagai-bagai langkah telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan kepada golongan Bumiputera.

Penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Tambahan pula, Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 yang menjurus kepada dasar-dasar kerajaan turut sama menggerakkan negara ke arah perindustrian dan perdagangan. Dasar-dasar ini secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dalam melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera.

Perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekad kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Begitu juga dengan institusi pengajian tinggi sudah pun mewujudkan Fakulti Keusahawanan, pusat keusahawanan dan subjek keusahawanan sebagai mata pelajaran teras. Ini adalah satu pendekatan baik yang dapat membuka minda mahasiswa dan mahasiswi tentang peluang besar yang menanti mereka yang berminat menjadi usahawan atas pilihan sendiri.

Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas pilihan sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya telah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan.
Hari ini cuba kita perhatikan, sudah banyak papan iklan dan iklan-iklan di stesen radio dan televisyen yang mula memperkenalkan produk Bumiputera ini.

Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya kaum Bumiputera yang mula memahami dan meminati bidang perniagaan dan keusahawanan. Ia juga boleh mengikis pandangan negatif banyak pihak mengenai kerjaya usahawan.Justeru, bagi mereka yang memilih usahawan sebagai kerjaya pilihan, mereka perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih. Maklumat asas mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan perlu dikaji. Di samping melihat kepada pasaran yang disasarkan, persaingan serta maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran. Perkara asas ini dapat membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan.

Pun begitu, pemilihan bidang perniagaan ini juga tidak boleh dilakukan secara semberono atau ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama.

Oleh itu, jika keusahawanan menjadi pilihan kerjaya hari ini, maka berusahalah menjadikan kerjaya tersebut menyeronokkan dan memberi kesan positif kepada kemakmuran masyarakat dan negara.

Sumber dipetik dari:


SELAMAT DATANG

Selamat datang saya ucapkan dan terima kasih kerana berkunjung ke blog kami. Dalam blog ini kami akan kongsikan pengetahuan berkenaan sebahagian produk dan perkhidmatan kami. Nirozcomm merupakan sebuah syarikat 100% bumiputra yang menjalankan perniagaan berkaitan telekomunikasi dan elektronik. 


Bermulanya disini pada tahun 2006